Saturday, August 3, 2013

Kehidupan Baru :)

Assalamualaikum, holaaaa..


Hari nih bagi umat islam da 26hari berpuasa. Tinggal beberapa hari saja lagi nak raya, lampu lip lappun da bnyak pasang kat rumah2, (rumah sendiri tada pasang) bunyi tembak menembak meriam buluh pun da dengar. Walaupun da lewat tetap jugak nak wish, Selamat berbuka bagi area sabah, sarawak dan semenanjung.. (Jam da tunjuk 8.30pm) hehe. Emmm,kalau dulu fera excited beli baju baru, kasut baru, semua baru tapi semakin meningkat umur nih kurang da excited lagipun sibuk fikir pasal study.. Chewaahhhh, bunyi macam pelajar cemerlang saja.. Aisehhh.. time cuti raya nih pun assignment banyak. Ibaratnya sebelah tangan buat kuih, sebelah tangan lagi buat assignment..hakhakhak.. Dahlah raya keempat pulang kolej balik (ehh, mengeluh pula,lebih baik ada cuti daripada takda)


Setelah sekian lama menyepi dlm laman blogger nih, sekarang baru ada kesempatan update post.. . Post yg ntah apa2, tak kisaHlah yg penting ada write something kann? hehehe. Emmm, tp mau update post pasal apa yaa? ( Fikir 5 minit )


Oh okayyy, da dapat...


Ehem ehem! Kali nih mau update pasal kehidupan baru sebagai pelajar kejururawatan di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu Sabah.. Alaaa, sana bah dekat Hospital Mesra Bukit Padang..hihi, sudah sebulan lebih bergelar student nursing through SPA. Tekanan study pun awal2 da terasa,hoho.. Tidak pa, bidang kesihatan ini agak mencabar, kalau boleh kita tak boleh buat silap sebab merawat pesakit nih bagai 'memegang nyawa pesakit', andaikata kita silap beri rawatan,pesakit akan berisiko. Seriously, terus terang dari dulu fera tidak pernah terfikir untuk pilih bidang kesihatan sebab fera nih takut darah, koyak2 daging semua tuu.. Haiyaaaa, ngiluuu nmpak.. terus hilang selera makan.. Mana lagi bab2 urus 'pesakit last office' ( pesakit yang sudah meninggal dunia ), wutt wuttt.. tapi takdir bukan kita yang tentukan, Allah yg mengatur semuanya. Mama and orang sekeliling pun selalu bagi semangat, kalau orang lain boleh buat, kenapa fera tidak boleh kan? :') Sekarang da start tengok luka2 and semua yang fira takut, beranikan diri.. Alhamdulillah da boleh hadapi da.huhu

BefOre this, fera nih student dr jurusan pentadbiran awam dan pengajian polisi di UITM sabah. Fera memang minat bidang tuh, bab2 fakta sejarah mentadbir apa semua tuh fera memang minat sangatt. Sampai selalu bayangkan yg fera akan graduate dgn jurusan tuh.. Tapi, rancangan Allah kita tidak tahu, fera hnya berkesempatan study dekat sana cuma dua semester saja.. :')


Fera sebenarnya bukan minat sangat bidang nih, minat juga tapi tak terfikir nak libatkan diri dalam bidang nih.. temuduga hari tuh pun cuba2 saja, tak sangka dapat..hekhekhek.. sekali dapat,mcm taknak masuk pula, sekali dapat tahu dapat hr tuh pun banyak kali fikir, org sekeliling suggested fera masuk coz latihan yang fera dapat nih confirm ada kerja, lagipun sekarang keja memang susah nak dapat woo.. tapi susah juga kalau kita tak berapa minat, dapatkah diri kita ngam dengan kerja tuh kalau ita tak minat bidang tuh kannn? fikir punya fikir n solat istikharah, akhirnya fera lapor diri juga..


Now,ditakdirkan masuk ke bidang kesihatan, even buku tekt belum dapat sepenuhnya, baju uniform nurse pun belum sampai n klinikal pun belum jalan, fera da terasa cabaran menceburi bidang kesihatan nihh..huhuhuuuu..


Cakap pasal pembelajaran kat sana, waktu pembelajaran dari jam8 sampai jam5 petang.. isnin hingga sabtu okehh, means ahad saja dapat rehat..sobsobsob :'D
Dekat sana, memang strict.. Buat salah akan kena lampiran tatatertib, jika didapati bersalah, denda RM110,000 akan dikenakan dan dikeluarkan dari kolej..oh my goddd.. takuttt!


Borang perjanjian dengan kerajaan pun da settle, kata kwn fera.. dalam banyak2 assignment, borang perjanjian lah paling payah mahu siap..haha, ada saja yang diminta, tak lengkap itu inilah.. actually borang perjanjian tuh berkait rapat dengan elaun kitaorang..kihkihkih.. elaun kitaorang sebulan rm857.35 kalau tak silap.. jadiii kena urus betul2 kalau mau dapat elaun cepat..hihihi... taklaahh, lagipun itu adalah perjanjian antara pelajar dan kerajaan sepanjang 4tahun mengikuti latihan becozzz kerajaan yang akan tanggung pelajar through SPA nih sepanjang tempoh empat tahun menjalani latihan diploma nih.3tahun study,setahun bekhidmat d jabatan kerajaan..

Apapun, fera baru saja menceburi bidang nih, apa2 yang jadi di masa hadapan fira tidak tahu.. banyak cabaran akan fera tempuh.. pengalaman pahit dan manis akan datang. Apapun fera berharap agar kejururawatan nih lah bidang fera, dan yang bestnyaa fera da fully fall in love with bidang kesihatan..:')


Mudah2an fera dapat menghabiskan latihan fera selama 4tahun tanpa ada masalah dan menjadi nurse yang berkualiti..hehe, Amiinn amiinn ya rabbal alamiinn


Ok, itu sajalah ntuk entry kali nih.. bye byeeee :D