Friday, June 21, 2013

Sepanjang perjalanan ke Kudat

Setelah bercuti selama 5hari d kg telaga nihh, mama pun da call balik2 tanya bila fera nak pulang ( rindu kat anak dia yg comel lah tuh ) maka terpaksa lah pulang ke rumah dkat Salimpodon. Oleh sebab tiap kali ke kampung nih fera ulang alik guna kereta saja, kali nih fera decide nak guna pengangkutan air pula. Naik kapal tauuu. Yihaaaa! Excited nih excited. Pulang nih buah hati hantar sampai ke kudat, ntuk pengetahuan korang oleh kerana naik kapal nih nak 2 jam lebih perjalanan ke kudat so kapal nih gerak awal jam6,selalunya sampai ke Kudat dalam 2 jam lebih perjalanan.. Time mau pulang tuh, hujan renyai, nak cerita sikit,buah hati lambat, kapal da bunyi hon2 da tanda nak jalan. Apa lagi degupan jantung nih bagai larian kuda, buah hati blum sampai ok , dia kata baru masih dkat rumah, rumah abg jauh dr pengkalan so mana tak risau..silap2 tertinggal oleh kapal nanti.. dalam hati mmg cam nak nangess da :'( siap membebel dalam pelan2 lg time tuh.. Tunggu2 belum sampai lagi buah hati nih daaaann fera dgr bunyi kapal semakin dekat dgn jambatan rumah macik fera. Time nih geram yg teramat dgn en.abg.. fera naik kat kapal, control ok, ntah kenapa gegar pula..hihi. dah tuh, risau masih blum hilang. uwaaaa, en.abg blum ada lagi! ini tak bole jadi, fera trus call, en.abg kata dia baru nak turun rumah ( line tak clear, itu yg fera dgr )OMG, tinggal lah dia nihh, fera kata dlm hati, dalam hati siap da fikir perang dunia bakal tiba..haha. sampai kat jambatan last, kapal ambik penumpang. satu persatu penumpang naik, fera tgok en.abg masih takda, dahh fera patah semangat da, taaapii, bila tinggal sorg dua penumpang nak naik, fera nmpak kelibat buah hati. Yeaayyyy! Nasib baik sempat, tgok en.abg b'peluh2..nih mesti lari pecutlah nih..cian diaa, hehe. So, perjalanan ke Kudat pun bermula.. Duduk punya duduk,sudaaahhh, kebosanan mula melanda pula. Oleh sebab ramai penumpang hari nihh, terpaksalah duk bersempit2 sikit. Makcik2 dekat tempat fera duk semua bercerita sakan, fira ngan cousin ( fidah ) duk diam2 jeee. Pandang belakang kg telaga da semakin jauh, nak snap gambar tapi keadaan sekeliling tidaklah mengizinkan. Kalau nak degil juga ambik, alamat free2 kena cakap show off pula or jatuh kedubukkk kedalam air..kihkihkihh. Duduk 2jam lebih, mmg bosan kalau takda buat apa2, sempat juga lah main i-tab tuhpun cover2 sbb hujan renyai nanti kena gadget ini, chewahhh, tapi beberapa minit kemudian dtg balik bosan tuh.. last2 fera bagi cousin main. nasib lah hujan tak berapa kuat sgt, time tuh pun da basah2 kena percikan air,huhu. Setelah duduk berjam , hujan pun da reda, fera decide nak snap gambar juga, gambar depan kapal saja, belakang tak leh, banyak org..huhu, nih diaa
gambar nih pun jadilah..yg penting dapat gambar even mesti dalam hati korang kata "ntah gambar apa yg dia ambik nih" sokayyy.. soryy, buat pakcik yg ter'interframe kat gambar nih dgn anaknya, nak buat camna nih saja pemandangan yg dapat dicaptured..hikhikhik :D
haaa, bandar Kudat dah kelihatan means tak lama g sampailah kann, tak sabar nak berdiri, lenguh punggung duk lama2..huhu. model dlm gambar pun da tukar time nih,hehe
Yeayyy! Alhamdulillah da sampai pun. Lokasi gambar nih kat pelabuhan Kudat, ohyaa, kapal yg kat depan nih bukan kapal yg fera naik ok, kapal tuh ada nuuunnn kat sebelah kapal banggi ekspress nih, nampak bumbung saja..Ehhh, pakcik depan nih tgok camera lah, ok senyummmm!
Oklah, before pulang taken breakfast dulu with en.abg.. Macam senyum paksa saja muka model dalam gambar nih, anyoyoyoyo

No comments:

Post a Comment